Monday, 20 May 2013

5 CONTOH KARYA AGUNG


Karya Agung ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, budaya dan pemikiran luar biasa dalam tamadun atau tradisi sesuatu bangsa.  Karya ini dianggap warisan bangsa dalam erti kata bahawa ia mewakili ‘minda’ dan pengalaman bersama bangsa itu sepanjang zaman sebagaimana yang dipancarkan dalam sistem kepercayaan, falsafah hidup, tradisi ilmu, adat, bahasa, seni, dan pekerti budaya dan sosial yang membentuk citra identiti ketamadunan bangsa itu. Antara contoh karya agung tersebut ialah:



Sulalat al-Saltin: Juga dikenali sebagai Sejarah Melayu.  Naskhah tertua pernah ditemui ini dikarang di Johor pada tahun 1612, atas titah raja oleh Bendahara Paduka raja (Tun Seri Lanang)  Episod-episod yang dipaparkan dalam karya ini memberi maklumat penting tentang keturunan raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, dan peristiwa-peristiwa bersejarah dalam perjalanan kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.

video cerita Hang Tuah


Hikayat Hang Tuah: Dikarang pada sekitar tahun 1641 hingga 1736 ini adalah satu-satunya epik Melayu yang mewakili bangsa itu sendiri tentang cita-citanya, kebolehannya, dan sikap hidupnya pada suatu zaman. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini: ”Takkan Melayu Hilang di Dunia’.

 
Tuhfat Al-Nafis: menceritakan sejarah kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerjaan Melayu yang paling kompleks dan canggih. Dari segi kronologi, latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19.  Dari segi geografi, Tuhfat Al-Nafis meliputi peristiwa di kalangan semua kerajaan Melayu di Semenjung Melayu dan Kepulauan Riau-Lingga (termasuk Singapura), di Siak (Sumatera Timur), di Kalimantan Barat, di Sulawesi Selatan, dan di Betawi.



Hikayat Abdullah: Hasil karya Abdullah Munsyi yang selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di Kampung Melaka, Singapura, pada zaman dunia Melayu di rantau ini sedang menghadapi cabaran politik, ekonomi, dan budaya yang luar biasa dari dunia Barat (Eropah).  Abdullah Munsyi dianggap sebagai pengkritik sosial zamannya yang cuba membawa wawasan baharu supaya orang Melayu mengubah acuan fikiran dan kepercayaan lama yang tidak progresif.



Bustan Al-Katibin: Bustan al-Katibin ialah sebuah karya paling awal tentang Bahasa Melayu yang disusun oleh seorang ilmuwan dan budayawan Melayu yang ulung, Raja Ali Haji.

 
Sumber: KARYA AGUNG

No comments:

Post a Comment