Monday, 20 May 2013

NILAI ILMU & MAKLUMAT


1. ILMU FIRASAT

Tajus Salatin Hubungannya Dengan Pemimpin Era Globalisasi

Taj al-Salatin dikarang oleh Bukhari Al-Jauhari pada tahun 1603 yang dikaitkan dengan sebuah tempat di Bukhara iaitu salah sebuah tempat di Uzbekistan. Pada masa ini para sarjana sastera masih belum mengetahui siapa sebenarnya Bukhari Al-Jauhari, namun begitu ada ura-ura mengatakan bahawa nama Bukhari Al-Jauhari berkait rapat dengan seorang tokoh Islam iaitu Iman al-Bukhari. Seterusnya Iman al-Bukhari adalah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari iaitu sebuah buku yang bertajuk Al-Jami-al-Sahih, yang dianggap orang Islam Sunni sebagai hadis sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w. Karya sejarahnya yang terkenal ialah sebuah buku yang bertajuk Al-Tarikh-al-Kabi. Buku Tajus-Salatin yang diselenggara oleh Khalid Hussain pada tahun 1992 adalah mengisahkan tentang panduan atau saranan untuk menjadi pemimpin yang baik. Karya ini berteraskan perinsip dan ajaran Islam yang menjadi pegangan dan cerminan pada zaman pemerintahan sultan Alauddin Riayat Shah. Karya ini menjadi peranan yang besar dan dijadikan panduan kepada pembesar Melayu pada ketika itu.

Dalam era globalisasi ini Tajus Salatin membawa suatu penganjuran konsep kepimpinan yang berteraskan Islam bagi menegakkan keadilan untuk dinikmati faedahnya sesama insan. Peranan dan fungsinya mampu dimanfaatkan dalam era globalisasi untuk melahirkan individu yang berketerampilan baik, positif dan peka terhadap kebajikan bersama. Penghayatan ke atas teks ini akan menghasilkan para pemimpin yang adil dan keadilan itu akan dimanfaati oleh segenap lapisan masyarakat di bawah pimpinannya. Oleh itu, jelas sekali bahawa Tajus Salatin ini mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada khalayak dalam memupuk pembentukan kualiti diri yang ideal bagi para pemimpin.

Ringkasan Tajus Salatin

Karya ini dimulai dengan suatu pendahuluan yang diikuti dengan huraian yang terdiri dari dua puluh empat fasal. Pada peringkat pendahuluan karya ini berisikan puji-pujian kepada Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabatnya iaitu keempat khalifah r.a. Selain itu, karya ini juga berisikan tentang tujuan buku ini dikarang adalah untuk memberitahu mengenai pekerti seorang raja, menteri, hulubalang dan rakyat serta tugas dan tanggungjawab mereka masing-masing. Buku ini juga menegaskan betapa besar dan mulianya seseorang raja itu sekirangnya mempelajari serta dijadikan panduan terhadap buku ini sehingga layaklah baginya sesuatu makhota.     
                                                                           
Fasal pertama menyatakan tentang manusia mengenal dirinya sendiri. Tentang bagaimana asal mulanya dan bagaimana terjadinya manusia. Fasal ini dimulai dengan hadis nabi yang bermaksud barang siapa yang mengenal dirinya maka sesungguhnya ia mengenal Tuhannya. Fasal kedua pula mengisahkan tentang bagaimana orang mengenal Tuhan yang menjadikan mereka dan juga alam semesta. Fasal ini dimulakan dengan sepotong ayat al-Quran yang bermaksud ada pun hak Tuhan menjadikan sekalian manusia dan segala jin dari kerana mengenal zat-Nya dan mengetahui sifat-Nya segala mereka itu dan nyata kuasaan Tuhan akan segala hamba-Nya. Fasal ketiga, menyatakan bagaimana mengenal dunia. Fasal ini didasarkan pada sepotong ayat al-Quran yang menjelaskan tentang rezeki yang tuhan kurniakan kepada manusia dan mengaplikasikan kurniaan tuhan itu dengan sebaik-baiknya. Fasal keepat, menyatakan kesudahan kehidupan  manusia dan saat terakhir menjelang maut. Fasal ini dimulakan dengan firman Allah yang menjelaskan setiap kehidupan akan mati. Dalam fasal ini menjelaskan dua golongan manusia iaitu yang leka dengan duniawi dan golongan yang berbudi yang mengejar akhirat.

Fasal kelima, menyatakan martabat dan kekuasaan raja. Sebagai contoh pemerintahan Musa, Yusuf, Daud, Muhammad, Abu Bakar, Uthman dan Ali. Fasal keenam, didasari dengan firma Allah menyatakan tentang keadilan dan bagaimana menegakkan keadilan. Melalui firman Allah memerintahkan supaya berlaku adil dan melakukan kebaikan. Sekiranya berlaku hal sebaliknya, akan hilanglah daulat raja. Fasal ketujuh, menyatakan budi pekerti raja yang adil yang bergaul dengan orang yang beriman serta menjauhkan diri dari sebaliknya. Diberikan contoh seperti Khalifah Umar dan Raja Harun al-Rasyid. Fasal kelapan, menyatakan tentang raja kafir yang berlaku adil seperti Raja Nusyirwan. Keadilan raja itu sehingga mendapat gelaran Nusyirwan ‘Adil  dan mendapat kemuliaan. Sekiranya dilakukan oleh orang yang beriman akan bertambahlah kemuliaannya. Fasal kesembilan, menyatakan tentang kezaliman dan penindasan sekiranya melalakukannya akan dimurkai Allah dan tidak mendapat syafaat Nabi Muhammad s.aw. Fasal kesepuluh, menyatakan pelajaran tentang tugas dan kewajipan serta budi pekerti pembesar-pembesar kerajaan dalam pemerintahan dan pekerjaan mereka masing-masing. Suatu kerajaan atau suatu pemerintahan itu diibaratkan sebagai suatu mahligai berdiri di atas empat buah tiang utama iaitu menteri berwibawa, panglima yang berani, pembesar yang amanah dan mukhbir iaitu penyiar berita yang jujur.      
                                                                                          
Fasal kesebelas, menyatakan tentang tugas dan kewajipan para penulis kerajaan. Huraian ini berdasarkan firman Allah yang menjelaskan betapa pentingnya qalam daripada pedang sehingga penulis dikatakan juru bicara raja.  Fasal kedua belas, menyatakan tentang tugas dan kewajipan para duta kerajaan. Fasal ini berdasarkan sebuah ayat yang menjelaskan tentang para rasul yang tidak takut dalam menyampaikan perintah Allah. Diberikan contoh melalui Hikayat Nabi Musa dan Hikayat Nabi Harun. Duta dikatakan sebagai ganti mata, telinga dan lidah raja. Fasal ketiga belas, menyatakan tentang budi pekerti semua hamba raja supaya menjadi hamba yang terpuji. Fasal keempat belas, menyatakan tentang cara mendidik anak. Dikatakannya bahawa anak itu dari kecil adalah suci dari semua kejahatan. Ibu bapalah yang harus mendidiknya. Fasal kelima belas, menyatakan tentang berlaku hemat yang benar. Supaya orang berlaku hemat dan tidak akan dihina. Fasal keenam belas, menyatakan tentang akal dan orang yang berakal. Akal manusia merupakan pertimbangan yang membezakan baik dan buruk. Manusia yang berilmu harus berbudi agar dapat dimanfaatkan. Fasal ketujuh belas, menyatakan tentang undang-undang dasar kerajaan. Raja wajib memelihara undang-undang agar tidak menyimpang.                                                                         

Fasal kelapan belas, menyatakan tentang ilmu kiafat dan firasat. Sebagai ilmu untuk mengenali manusia seperti ilmu nubuat, ilmu wilayat, ilmu hikmat dan ilmu kiafat dan firasat. Fasal kesembilan belas, menyatakan tentang tanda-tanda ilmu kiafat dan firasat. kedua-dua ilmu ini berbeza tapi salaing berkaitan dan berasal dari satu tempat yang sama. Dalam ilmu kiafat adalah untuk mengetahui tanda-tanda pada tubuh manusia. Apabila mengenal tanda-tanda pada tubuh manusia dipanggil ilmu firasat. Tujuan mempelajari ilmu ini supaya orang dapat membedakan antara kebaikan dan keburukan. Fasal kedua puluh, menyatakan tentang hubungan hamba yang Islam terhadap rajanya.  Dalam fasal ini ditunjukkan dua puluh hak hamba itu terhadap rajanya. Dalam fasal ini ditunjukkan adanya dua puluh hak hamba itu terhadap rajanya. Hak itu ditunjukkan satu persatu dengan cerita sebagai huraian.                  
                                                   
Dalam fasal kedua puluh satu, menyatakan tentang hubungan hamba yang kafir terhadap rajanya.  Dalam fasal ini menceritakan hubungan Umar dengan hamban rakyatnya yang kafir, baggaimana tindakan Umar sehingga negeri pemerintahannya aman dan harmoni. Hubungan hamba yang kafir dengan rajanya dalam fasal ini ditunjukkan dalam dua puluh syarat. Fasal kedua puluh dua, menyatakan tentang keadilan dan sifat mulia. Dalam fasal ini dimulakan dengan hadis yang mengatakan bahawa Allah mengasihani orang yang pemurah dan benci kepada orang yang bakhil. Sehingga dikatakan orang yang pemurah adalah mulia dan orang bakhil adalah orang yang hina. Demikian juga sifat pemurah merupakan perhiasan manusia sedang sifat bakhil merupakkan cela bagi manusia. orang pemurah akan masyhur dan seluruh manusia membencinya meskipun belum diketahui kerugian kebakhilannya. Inilah tanda pemisah antara kemuliaan dan kejahatan. Pada fasal ini diberikan empat hikayat sebagai contoh.            
               
Fasal kedua puluh tiga, menyatakan tentang sifat menepati janji. Pekerjaan kerajaan itu terletak pada sifat menepati janji ini. Semua bangsawan, dermawan, budiman, beriman, terutama raja harus selalu menepati janji. Dalam huraian itu diberikan beberapa hikayat sebagai teladan. Fasal yang terkahir sekali ialah fasal dua puluh empat, yang merupakan fasal penutup. Dalam fasal ini diberikan petunjuk bagaimana melaksanakan pedoman pada fasal-fasal dalam Tajus Salatin supaya aman dan harmoni sesebuah negeri.

Sumber: Tajus Salatin


Ilmu Firasat dalam Serat Chentini
Dalam hasil karya Jawa iaitu Serat Chentini turut terdapat ilmu firasat di dalamnya. Contoh ilmu firasat dalam Serat Chentini ialah:

Ilmu Firasat Dalam Serat Centhini : Centhini Tambangraras – Amongraga Jilid III
            Ki Wanakarta menjawab, “Anakku, pada waktu saya muda tinggal di ibukota Mataram, berteman dengan Ki Pujangkara.
            Banyak ilmu yang diajarkannya, yaitu ilmu esmu (isim) dan jaya (menang), perdukunan dan jampi-jampi. Kebetulan sekali termakbul semuanya. Siang malam banyak sekali yang datang, lama-kelamaan saya semakin sibuk, ibarat tidak sempat buang air besar. Lama kelamaan semakin tua, badan saya sering sakit, jika tidak bekerja merasa sungkan karena mengecewakan sanak saudara. Kemudian berunding dengan istri saya, untuk pergi sahaja dari kota, mencari ketenteraman hati. Lebih baik pergi ke daerah yang sepi. Ki Pujangkara menyetujui, dan menyuruh tinggal di sini. Namun saudara-saudara di kota, pria dan wanita banyak yang datang kemari, minta jamu pada istri saya, atau bertanya kepada kami, misalnya tentang firasat wanita yang ingin di jadikan istri, berdasarkan hari kelahirannya, yaitu pasaran (hari yang berjumlah lima) dan harinya (yang berjumlah tujuh).” (245:36-49)
(Centhini Tambangraras-Amongraga Jilid 3:276)

Berdasarkan petikan yang dinyatakan itu menggambarkan bahawa bertapa sibuknya Ki Wanakarta kerana beliau dikunjungi orang ramai kerana orang ramai menginginkan beliau membantu meraka. Ki Wanakarta ibarat seorang bomoh atau pawang kerana orang ramai percaya beliau mampu untuk menyatakan tentang hal yang berkaitan wanita yang sesuai untuk dijadikan calon isteri hanya berdasarkan tarikh kelahiran seseorang wanita itu.

            Nurwitri mendekat ke depan, bertanya dengan lembut dan menarik hati, “Wahai Kiai, permohonan saya semoga berkenan di hati, mohon diberitahu mengenai firasat orang berdasarkan hari kelahiran tadi. Oleh karena saya belum menikah, besok jika sudah punya niat dapat mencari yang baik. jika kekurangan waktu, hati telah menerima, karena telah mengetahui.”
            Ki Wanakarta berkata lembut, “Anakku permintaanmu itu sangat baik, orang muda harus menetapi kewajibannya, yang tua memberikan berkat secukupnya supaya baik. Ada permintaan Hyang Agung kepada para Pujangga supaya menulis tentang firasat manusia. Karena laki-laki itu mendapat pahala atas bantuan wanita. Firasat manusia itu keluar dari waktu kelahirannya. Apabila kelahirannya Jumat Pon, ia tidak sabar, kaku budinya, sangat berani kepada orang tua, dan tidak diberi kekayaan. Kelahiran Jumaat Wage, kalau baik akan sangat baik (utama), jika jahat ia jahat sekali, suka makan tetapi pandai berbicara tentang ilmu kebatinan, senang berbuat jahat, tidak tetap pikirannya, jika masih baru memuji-muji, jika sudah lama menjahati. Yang lahir Jumat Wage kadang-kadang halangannya jarang mempunyai anak, tetapi sering mendapat harta dan dilimpahi rezeki iblis (tidak halal). Kelahiran Jumat Kliwon baik dijadikan istri, pikirannya sederhana, berbakti kepada orang tua, tetapi agak berani kepada orang laki-laki, dilimpahi kekayaan dan rezeki. Teka pati (?) kepada suami, menurut kepada nasihat mertua yang baik, tahan mengurangi makan dan minum, bahayanya orang ini kalau bertengkar berkepanjangan. Jumat Legi, yang jelas bersuami dua kali, pikirannya goyah tidak mantap, tidak berpendirian. Sudah ditakdirkan harus menikah dua kali. Sifatnya yang tidak baik, penyelewengan sering menjadi-jadi, tetapi kehendak tuhan, ia akan cerai mati dengan suaminya. Kalau jahat sangat jahat, kalau baik sangat baik. Kelahiran Jumat Pahing, tidak malu, suka minta-minta, tidak bersahaja, lahirnya berbuat baik, jarang yang lurus hati, tetapi kalau sudah ditakdirkan jodohnya, terimalah sebagai kehendak Tuhan. (246:1-13)”
(Centhini Tambangraras-Amongraga Jilid 3:277)

Merujuk kepada petikan, menunjukkan bahawa masyarakat dahulu mempercayai perkara yang diberitahu oleh tukang ramal atau tukang tilik. Sekiranya mereka ingin memiliki sesuatu maka masyarakat dahulu akan merujuk kepada tukang ramal atau tilik ini. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai ilmu firasat atau dapat mengetahui hal-hal yang baik atau buruk tentang masa depan. Sebagaimana yang terdapat di dalam sebahagian petikan karya Serat Centhini ini, iaitu Nurwitri mewakili anaknya iaitu Hyang Agung bertanyakan mengenai bakal isteri anaknya yang sesuai untuk dijadikan surinya. Oleh itu, tukang ramal atau  para Pujangga tersebut telah menyatakan isteri yang elok untuk dijadikan suri itu dapat dipilih berdasarkan hari kelahiran bakal isteri itu. Kemudian, para Pujangga itu, senaraikan kreateria yang berkaitan itu.

Sumber dipetik daripada:

2. Memartabatkan Ilmu Perubatan Islam

Sumbangan Amirul Hayat Fatihah Al Binafsih Al Banjari

Pandangan Umum

Ilmu perdukunan atau perbomohan sangat berkembang pesat tetapi sukar untuk mendapat tempat di persada masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana, tidak ada kaedah pelajaran dan pembelajaran khusus untuk mendapat satu standard yang boleh diiktiraf. Pekerjaan ini banyak juga menimbulkan masalah penipuan, gejala jenayah lain seperti penyalahguna dadah, samun, kelakuan sumbang dan sebagainya yang menyebabkan pandangan yang tidak baik kepada pengamalnya. Tidak dinafikan, ramai orang tertentu mempercayai kebolehan dukun, bomoh atau pengamal ilmu alternatif ini mengikuti shariat Islam. Hal ini terbukti kerana ada di antara pengamal-pengamal perubatan alternatif ini berjaya memulihkan berbagai-bagai penyakit, yang mana pada peringkat awalnya tidak berjaya ditangani dengan kaedah perubatan moden.

          Pengamal perubatan ilmu Islam yang ikhlas memberi khidmat, berusaha menaikkan martabat pengamal perubatan seperti ini. Mereka boleh dikatakan berjaya kerana mereka berpegang kuat kepada prinsip, etika dan nilai perubatan itu sendiri yang telah dipelajari dari ulama-ulama dan guru-guru mereka yang tidak kurang hebat dan berwibawa. Mereka ini juga berpegang kuat kepada syariat Islam yang menjadi teras di dalam semua amalan perubatan mereka.

          Pengamal seperti ini harus mencari jalan untuk meningkatkan lagi nilai dan martabat pekerjaan mereka seperti yang telah dijayakan oleh Darulshifa dan sebagainya.

Kebolehan yang UNIK!

Penyakit terbahagi kepada tiga bahagian tertentu dari pandangan kaca mata perubatan Islam - Zahir (physical), Fikiran (mental) dan Rohani (spiritual). Masalah zahir dan fikiran lazimnya mudah diubati dengan kaedah moden yang kita tahu canggih sekarang ini. Tetapi ada juga sebilangan masalah dan penyakit tertentu menimbulkan keganjilan di mana pakar perubatan tidak dapat mengesan sebab-musabab punca penyakit-penyakit tersebut. Rawatan pakar yang diberi tidak menunjuk sedikit perubahan dan gagal walaupun sekian lama diawasi secara rapi. Masalah rohani pula yang selalu dihubung kait sebagai masalah mental, sangat asing bagi pakar psikiatri dan psikologi untuk menerima hakikat wujudnya permasalahan ini dari cetusan gangguan syaitan. Malah mereka sukar mempercayai bahawa kaedah ilmu perubatan Islam ada jawapan dan ubatnya.

          Amalan ilmu perubatan Islam di dalam masyarakat kita telah banyak membuktikan kejayaan dalam bidang penyembuhan 'penyakit ganjil' yang turut membuktikan kebolehan mereka dan keberkesanannya. InshaAllah. Tetapi tidak banyak pengiktirafan dan penghargaan yang setimpal dari masyarakat umum.

Sumber: Ilmu Perdukunan





No comments:

Post a Comment