Karya Sulalatus Salatin juga mempunyai unsur-unsur sindiran secara kiasan.Hal ini bertepatan dengan budaya Melayu yang sering menggunakan bahasa halus untuk menyindir seseorang. Perkara ini juga lebih beradab berbanding sindiran secara terus yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Dalam hal ini, masyarakat Melayu begitu menjaga maruah seseorang. Tidak hairanlah sekiranya sindiran-sindiran yang diberikan lebih besifat sembunyi-sembunyi.Dalam Sulalatus Salatin terdapat juga unsure sindiran yang diselitkan melalui watak-watak lucu seperti peristiwa Tun Mai Ulat Bulu belajar mengaji pada Makhdum Sadar Jahan menyindir golongan pendidik yang tidak sabar dalam menyampaikan pengajaran kepada murid -muridnya. Pengajaran yang bersifat gopoh ini member kesan kepada anak didik untuk mengikuti setiap ajaran guru. Perancangan yang sistematik perlu dirancang supaya proses pengajaran berlangsung dengan berkesan.
Selain itu, peristiwa Hang Hussain Cengang melanggar adab-adab makan nasi hadapan pula menyindir adat itu sendiri yang melanggar tuntutan Islam. Hal ini bertepatan dengan ajaran islam yang melarang umatnya membazir. Makanan yang merupakan rezeki kurniaan Allah tidak harus dibazirkan sebegitu.Sulalatus Salatin mempunyai sifat kreatif dalam mengutarakan percakapan dengan menyelitkan unsur-unsur tertentu supaya percakapan mereka tidak menyinggung perasaan orang lain secara terus. Ini menunjukkan masyarakat zaman dahulu mempunyai nilai-nilai kemelayuan yang tinggi jika dibandingkan dengan masyarakat pada zaman sekarang.
Gambaran corak hidup masyarakat biasa juga diberi penekanan dalam teks Sulalatus Salatin iaitu memberikan gambaran tentang realiti kehidupan masyarakat Melayu pada zaman silam yang tepu dengan kisah suka dan duka. Setiap peristiwa yang berlaku dalam Sulalatus Salatin mempunyai pelbagai makna tersirat. Pengajaran-pengajaran yang diketengahkan perlu diambil iktibar untuk meneruskan kelangsungan warisan nenek moyang kita.
No comments:
Post a Comment