Secara umumnya perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah
aesthesis yang membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera
atau lebih khusus lagi membwa maksud ‘kepekaan’ nanusia terhadap sesuatu gaya
penulisan. Estetik juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of
perception), iaitu merupakan istilah estetika yang digunakan untuk kajian falsafah. Selain itu, estetika juga
membawa banyak pengertian daripada ramai tokoh falsafah. Ahli falsafah Jerman
bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang
memperkenalkan perkataan aisthetika.
Estetik adalah rasa indah pada umumnya dan tentang keseniaan
pada khususnya. Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat
dengan kesenian. Apabila disentuh tentang keindahan, maka secara langsung akan
diperkatakan perkara berkaitan seni dan kesenian Estetika secara umumnya
bermaksud keindahan. Oleh sebab itu, estetika merupakan satu cabang yang sangat
dekat dengan falsafah seni. Nilai esteika itu sendiri melibatkan seni dan keindahan. Apabila dilihat dari konsep yang
berkaitan dengan karya, kita dapat mengaitkan unsure ini dengan karya yang
dihasilkan iaitu penghasilan bahasa yang estetik iaitu indah dan berseni.
Secara umumnya, estetika dikaitkan dengan karya seni manusi atau mengenai alam
semesta.
William Haverson mengatakan estetika adalah segala hal yang
berhubungan dengan sifatdasar nilai-nilai nonmoral suatu karya seni.Estetika
sering diungkapkan sebagai persamaan makna seni, tetapi ia berbezadengan
‘falsafah keindahan’, kerana estetika tidak semata-mata menjadi
permasalahanfalsafah. Di dalamnya menyangkut perbahasan ilmiah berkaitan dengan
karya seni, yangmerangkumi bidang ilmiah, antaranya meliputi perbincangan
tentang keindahan dalamseni atau pengalaman estetik, gaya atau aliran seni,
perkembangan seni dan sebagainya.Secara langsung pengkajian falsafah estetika
bersangkutan dalam bidang-bidang seperti psikologi, sosiologi, antropologi dan
lain-lain yang bersangkutan,
Selain itu, estetika juga dapat dikaitkan sebagai keindahan
yang berdasarkan penglihatan iaitu seni rupa dan keindahan yang boleh didapati
melalui pendengaran contohnya, muzik. Oleh sebab itu, keindahan dapat diertikan
sebgai keindahan yang meliputi aspek keindahan seni, keindahan alam, keindahan
moral, dan keindahan intelektual. Estetika sebagai keindahan dan keagungan.
Estetika juga merupakan sebahagian penciptaan simbol- simbol yang wujud dari
perasaan manusia sebagai hasil keseniaan dan juga sesuatu yang mewakili perasaan
amnesia. Maksudnya, estetika bersifat simbolisme iaitu simbol-simbol yang
dimaksudkan bukan sahaja hasil karya seni lukis tetapi hasil binaan yang
mempunyai simbolik tersendiri hasil ciptaan manusia. Sebagai contoh, seni
binaan bangunan yang kaya dengan simbol dan keindahaan tersendiri seperti
rekaan bangunan Menara Petronas, Kuala Lumpur.
Dalam mentafsirkan konsep keindahan yang dibentangkan dalam
Ihya Ulum ad-Din oleh Imam Ghazali, penyelidik Rusia, Dr. A. V. Sagadeyev
menulis:
Al-Ghazali memberi definisi keindahan yang umu sebagai
pernyataan kesempurnaan yang diwujudkan berupa sebuah benda dan sesuai dengan
hakikatnya. Setiap benda mempunyai satu jenis kesempurnaan yang cocok
dengannya. Walau bagaimanapun sesuatu yang sama sekali berlawanan dengan kesempurnaan
itu mungkin merupakan kesempurnaan bagi sebuah benda lain. keindahan menyatakan
diri secara paling bagus kalau sebuah benda mempunyai semua cirri
kesempurnaannya. Ketiadaan beberapa ciri berkenaan mengakibatkan keindahan
yang menjelma berupa benda tersebut pasti merosot secara berkadar.
(A.V Sagadeyev, 1954: 34)
Estetik dalam Sulalatus Salatin.
Unsur merupakan satu unsur keindahan dalam berbahasa iaitu
dengan memberikan sifat manusia kepada benda lain. Unsur personafikasi yang
dapat dilihat dalam karya Sulalatus Salatin ialah:
“rupa tunggul panji-panji seperti awan berarak; rupa payung
segala raja-raja”
(Muhammad Haji Salleh, 1997: 26)
Dalam ayat di atas, pengarang telah menggunakan kata kerja
berarak yang dilambangkan sebagai unsur personafikasi kepada awan. Awan
merupakan kata nama yang tidak bernyawa, tetapi diberi sifat manusia kepadanya.
Unsur ini digunakan untuk menunjukkan keindahan bahasa.
“lembing bertikamkan lembingnya”
(Muhammad Haji Salleh, 1997: 13)
“tombak bertikamkan tombaknya”
(Muhammad Haji Salleh, 1997: 13)
“pedang bertetakkan
pedangnya.”
(Muhammad
Haji Salleh, 1997: 13)
Ayat di atas menunjukkan penulis ingin menceritakan keadaan
yang sedang berlaku pada waktu itu. Oleh sebab itu, penggunaan unsur
personafikasi digunakan dalam ayat-ayat di atas. Sifat manusia seperti bertikam
dan bertetak diletakkan bersama-sama dengan benda yang tidak mampu menghasilkan
tindakan yang serupa dengan sifat manusia. Penggunaan unsur ini adalah untuk
menimbulkan kesan estetik dalam karya yang dapat menimbulkan perasaan seronok
ketika membaca karya tersebut.
“Kuda betina dengan baik”
(Muhammad Haji Salleh, 1997: 18)
Kuda merupakan haiwan yang tidak boleh disandarkan dengan
kata sifat iaitu baik. Namun, penulis telah memberi sifat itu kepada kuda bagi
melambangkan keadaan kuda pada masa itu yang bersifat jinak. Unsur yang
digunakan membantu pembaca untuk lebih mudah memahami situasi yang sedang
berlaku dengan lebih baik.
“jikalau emas berkepala perak itu pun larangan raja Melayu.”
(Muhammad Haji Salleh, 1997: 61)
Sifat lain yang diguna oleh penulis dalam karya Sulalatus
Salatin juga boleh dilihat melalui petikan di atas. Penulis telah menggunakan sifat manusia yang
mempunyai kepala dan diberikan kepada benda iaitu emas. Emas merupakan suatu
benda yang tidak mempunyai sifat atau anggota badan. Penggunaan ini bertujuan
menunjukkan ketinggian sesuatu benda yang dipakai. Melalui petikan di atas,
raja melarang rakyat biasa memakai emas ataupun perak. Apabila didapati
bersalah mereka akan mendapat hukuman mati.
“perisyai dan panah diselang duduknya”
(Muhammad
Haji Salleh, 1997: 61)
Unsur personafikasi yang seterusnya boleh dilihat melalui
ayat di atas iaitu penulis meletakkan sifat manusia iaitu duduk. Duduk
merupakan satu perbuatan manusia, tetapi panah yang mewakili benda tidak boleh
mewakili kata kerja duduk. Maksud yang ingin diketengahkan oleh penulis ialah
berkaian susun atur benda di istana dan para pembesar semasa kedatangan
pembesar untuk mengadap raja.
Penggunaan Bahasa Istana
Tidak dinafikan penggunaan bahasa istana di dalam karya
bahasa Melayu Klasik kerap berlaku berbanding dalam karya Melayu Moden. Watak
utama di dalam karya bahasa Melayu klasik adalah terdiri daripada watak istana
yang melibarkan sultan, permaisuri, anakanda, dayang, pembesar, dan sebagainya.
Oleh hal yang demikian, penggunaan bahasa istana amat diperlukan untuk mewarnai
karya sastera tersebut agar lebih menarik dengan keindahan bahasa istana yang
sangat lembut dan berlapik. Penggunaan
bahasa istana juga diperlukan dalam karya bahasa Melayu lasik bagi mengisahkan
cerita-cerita yang membabitkan keluarga diraja. Perkara ini dapat dijelaskan
lagi menerusi contoh ayat yang dipetik daripada Hikayat hang Tuah yang
dikemukakan oleh Kassim Ahmad yang berbunyi:
Maka pada ketika itu juga baginda pun melengkapi anakanda
baginda itu dengan inang pengasuh dan dayang-dayang sepertinya. Maka tuan
putero Kemala ratna Pelingan dipeluk cium dan ditangisinya oleh ayahanda
baginda.
(Kassim
Ahmad, 1997 :5)
Namun begitu, penggunaan bahasa istana ini kurang digunakan
di dalam bahasa Melayu Moden. Hal ini telah dibuktikan apabila karya yang
ditulis menggunakan bahasa Melayu Moden kurang menggunakan tema keluarga
diraja. Kebanyakan penulis akan menggunakan ema berkaitan dengan masyarakat
moden yang tidak akan dikaitkan dengan keluarga diraja seterusnya penggunaan
bahasa yang indah seperti bahasa istana tidak dapat dikekalkan dan semakin
ditinggalkan oleh masyarakat Melayu Moden.
Penggunaan ayat yang panjang juga merupakan salah satu unsur
estetik dalam karya agung iaitu salah satu aspek yang dapat membezakan bahasa
Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden. Ciri ini boleh dilihat melalui
beberapa ayat yang terkandung di dalam Hikayat Hang Tuah iaitu:
Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar
bunyi-bunyian dan melihat segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang
dengan pakainnya terlalu indah-indah- rata terang itu pun dengan perhiasannya
keemasan-datang mendapatkan Sang Perta Dewa itu bertatahkan ratna munu manikam,
maka Tuan Puteri Pelinggam pun tahulah akan Sang Perta Dewa itu anaknya besar
turun dari keinderaan.
(Kassim Ahmad, 1997: 6)
Contoh ayat di atas jelas menunjukkan penggunaan bahasa yang
meleret-leret dalam Hikayat Hang Tuah. Ayat yang panjang merupakan satu unsur
seni bahasa yang mampu menjadikan sesbuah karya menjadi menarik. Ianya juga
dipercayai berpunca daripada gaya bahasa hiperbola yang biasa terdapat di dalam
hasil sastera klasik. Gaya bahasa hiperbola bermaksud sesuatu perkara itu
diceritakan secara berlebih-lebihan. Tujuan utama penggunaan gaya bahasa ini
adalah untuk menekankan keistimewaan sesuatu benda atau perkara. Selain itu,
penggunaannya juga dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca kerana
melalui penggunaan hiperbola, pembaca akan dibawa bersama untuk menghayati
sesuatu cerita kerana penggunaan gaya bahasa hiperbola dapat membantu pembaca
menghayati sesuatu peristiwa dengan lebih mendalam. Melalui contoh yang diberi
di bawah, jelas kelihatan daripada keindahan bahasa atau unsur estetik yang
digarap oleh pengarang bagi mewarnai hikayat Hang Tuah menggunakan unsur
hiperbola.
Segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan
pakaian terlalu indah-indah-rata terbang itu pun dengan perhiasannya keemasan.
(Kassim Ahmad, 1997: 6)
Selain itu, dalam karya klasik atau karya agung juga turut
menggunakan penggunaan imbuhan ‘nya’ untuk mengekalkan unsur estetik dalam
karya. Penggunaan imbuhan ‘nya’ boleh digunakan bagi menggantikan ganti nama
yang diulang beberapa kali. Ganti nama tunjuk atau perkataan-perkataan yang
tidak diperlukan boleh diabaikan bagi tujuan meringkaskan sesebuah ayat. Penggunaan imbuhan ‘nya’ ini
bertujuan mengelakkan daripada kekerapan menggunakan ayat yang panjang
seterusnya menjadikan karya tersebut suatu karya yang tidak menarik,
menyebabkan pembaca menjadi bosan untuk menimati sesebuah karya. Sebagai contoh
ayat yang menggunakan imbuhan ‘nya’ dalam hikayat Hang Tuah ialah:
Maka Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil
itu. Setelah genablah bulanya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang
lelaki, terlalu elok rupanya sikapnya.
(Kassim Ahmad, 1997: 11)
Berdasarkan contoh ayat di atas, menunjukkan pemulis telah
mengulang sebanyak empat kali imbuhan ‘nya’ dalam satu ayat. Ayat tersebut
ditulis sebegitu bagi menjelasakan kepada pembaca bahawa Sang Sapurba mempunyai
anak seramai empat orang. Penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang ini
akan menjadikan sesebuah ayat itu berbelit-belit dan sukar difahami. Keadaan
ini menunjukkan bahawa penulis sangat bijak menggunakan bahasa dan
memperlihatkan unsur estetik dalam karya tersebut. Keindahan karya juga
terletak kepada kebijaksanaan penulis untuk menterjemahkan jalan cerita
menggunakan seni bahasa yang dapat menarik minat pembaca.
Sumber dipetik daripada:
1. Muhammad Haji Salleh (1997). Sulalat Al-Salatin. Kuala
Lumpur : Yayasan Karyawan dan
Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2. V.I Branginsky (1994). Nada-nada Islam dalam Sastera
Melayu Klasik. Selangor : Dewan
Bahasa dan
Pustaka.
3. Kasim Ahmad (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur :
Yayasan Karyawan dan
Dewan
Bahasa dan Pustaka.
BERITA
Seni Estetika Tinggi Sentuhan Karya Agung
11 Mar 2013 - Berita Harian
Dua faktor pikat baca sastera besar
Apakah dua faktor ekstrinsik yang mendorong minat kita
terhadap sastera besar atau sastera agung dunia? Pertama, faktor emosi
terhadap sesebuah karya yang dapat dikaitkan dengan keagamaan atau kerohanian.
Bagi sesetengah orang Islam, dorongan itu mendekatkan mereka kepada sastera
sufi, umpamanya Mathnawi oleh Rumi, QasidatulBurda karya alBusiri, dan
Persidangan Burung ciptaan Farid aDin Attar.
Kedua, faktor bahasa asing pertama yang kita kuasai. Bagi
orang Melayu yang menguasai bahasa Arab, mereka boleh mengikuti sastera sufi
yang disebut di atas langsung daripada bahasa asalnya. Bagi mereka yang tidak
menguasai bahasa Arab, mereka membaca karya terjemahan dalam bahasa Melayu.
Sebahagian besar daripada kita pula menguasai bahasa Inggeris, menyebabkan
kita lebih didedahkan kepada sastera Inggeris.
Kita sebenarnya mempunyai warisan karya-karya agung kita
sendiri. Dua daripadanya ialah Hikayat Hang Tuah dan Sulalat al-Salatin
(Sejarah Melayu). Dalam masyarakat kita sendiri, karya-karya ini sudah beredar
begitu lama, sejak karya itu dihasilkan.
Pada mulanya karya itu disalin dalam bentuk manuskrip
tulisan tangan dalam tulisan Jawi. Apabila mesin cetak diperkenalkan ke negara
kita pada awal abad ke-19, karyakarya terbabit dicetak dan dapat diterbitkan
dengan banyak. Selain versi tulisan Jawi, karyakarya itu juga ada dalam versi tulisan
rumi, iaitu huruf yang boleh dikatakan datang bersama-sama penjajahan Barat.
Dua gandingan
Huruf rumi dan penjajahan Barat, khususnya Inggeris adalah
dua gandingan yang mencorakkan pemahaman sebahagian daripada kita terhadap
sastera yang dianggap 'baik.' Karya-karya sastera Inggeris diperkenalkan
kepada pelajar negara ini sejak 1940an atau lebih awal dari tarikh itu, sama
ada di sekolah misionari, sekolah Inggeris, dan malah sekolah Melayu (melalui
terjemahan).
Demikianlah kita dihidangkan dengan The Cantebury Tales oleh
Chaucer, drama-drama Shakespeare, Gulliver's Travels oleh Swift, novel-novel
karya Defoe, Richardson, Jane Austin, DH Lawrence dan sebagainya. Perkenalan
terhadap sastera Inggeris saja sudah melupakan kita akan hakikat wujudnya karya
besar di sekeliling England seperti di Perancis, Jerman dan lain-lain lagi.
Kendala menguasai bahasa asing selain Inggeris mengakibatkan
kita agak terlewat mengikuti karyakarya besar dari negara lain kerana kita
harus mencari versi terjemahan Inggerisnya. Lebih lewat lagi apa bila kita
harus menunggu pula versi bahasa Melayu yang diterjemahkan daripada versi
bahasa Inggeris daripada bahasa asalnya! Inilah situasi yang menyebabkan karya
pengarang Perancis dan Jerman tiba lewat kepada kita.
Di Perancis umpamanya, karya besar muncul daripada penulis
seperti Rabelais (Gargantua dan Pantagruel), Victor Hugo (Les Miserables), dan
Flaubert (Madame Bovary). Di Jerman karya-karya sastera yang menarik antara
lain sudah dihasilkan oleh Thomas Mann, Hermen Hesse, Franz Kafka, Gunter
Grass serta Goethe dengan drama besarnya, Faust.
Tunggu 240 tahun
Apabila baru-baru ini Institut Terjemahan & Buku
Malaysia (ITBM) melancarkan Faust dalam bahasa Melayu, kita sebenarnya
menunggu karya agung ini selama kira-kira 240 tahun sejak kali pertama
diterbitkan di Jerman. Ini bukan saja akibat perhatian kita yang selama ini
lebih berfokus kepada sastera Inggeris, tetapi juga masalah menemukan
penterjemah yang cukup berwibawa, yang mendalami nuansa bahasa Jerman dan
bahasa Melayu dengan baik.
Selain menunggu kirakira 240 tahun, kita juga sebenarnya
menunggu seorang Latiff Mohidin untuk dapat menterjemahkan Faust ke dalam
bahasa Melayu. Latiff terdidik selama empat tahun di Academy of Fine Arts,
Berlin. Beliau menguasai bahasa Jerman dengan baik. Beliau juga seorang penyair
Melayu berbakat besar yang menghasilkan beberapa kumpulan puisi seperti Sungai
Mekong, Kembara Malam, Wayang Pak Dalang, Pesisir Waktu dan sebagainya.
Seorang penyair biasanya melalui proses penyaringan idea,
pemilihan diksi yang teliti, menyelami dunia bayangan bagi mencari mutiara
metafora, dan menekuni bentuk, warna serta rentak bahasa, agar puisinya indah
dan hidup di atas kertas. Apabila seorang penyair seperti Latiff sudah
menempuh proses terbabit, ditambah pula dengan penguasaan bahasa Jerman,
tidaklah menghairankan jika Faust hadir di hadapan kita dalam bahasa Melayu
yang indah, bersahaja serta merangsang emosi dan intelektual kita.
Merangsang karya besar
Baik pengarang muda mahupun pengarang mapan, mereka harus
menekuni dan membiasakan diri membaca serta menghayati karya agung dunia. Ini
boleh merangsang mereka untuk melahirkan karya besar.
Anggota masyarakat juga wajar membaca karya besar dan
agung. Melaluipembacaan dan penghayatannya, kita menikmati seni estetika tinggi
dan dalam masa sama memperkaya pengalaman kemanusiaan dan menambah kebijakan.
Sumber dipetik
daripada:
ESTETIKA DALAM KARYA SULALATUS SALATIN
Teks Sulalatus Salatin adalah sebuah karya sastera yang
mempunyai ciri-ciri estetika. Ciri estetika ini dapat dilihat dari seluruh
peringkat, iaitu kemampuan pengarang menggabungjalinkan berbagai-bagai episod
serta peristiwa dari peringkat awal iaitu asal usul keturunan raja-raja Melayu
yang dikaitkan dengan keturunan raja-raja Melayu yang dikaitkan dengan
keturunan Raja Iskandar Zulkarnain secara kreatif. Pengarang berjaya
menimbulkan "significant" aspek "waad" yang merupakan
perlambangan antara raja serta rakyat dan daripadanya lahirlah pemerintahan
beraja Melayu dengan rakyat yang berjanji patuh setia selagi kedua pihak
berpegang dengan "waad" berkenaan. Pengarang juga berjaya
menggambarkan perkembangan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan serta
peradaban Melayu secara realistik dan menarik.
Ciri-ciri estetika dari segi implisit pula, pengarang
berjaya menimbulkan ketegangan, lucu, duka serta kecewa hasil daripada
gambaran-gambaran yang dipaparkan secara berkesan. selain daripada itu sebagai
contoh diperturunkan ciri estetika yang dapat dihayati berhubung dengan
kecantikan Tun Fatimah. Menurut pengarang:
Alkisah maka
tersebutlah perkataan peribaik paras anak Bendahara Seri Maharaja yang bernama
Tun Fatimah itu, terlalu sekali elok rupanya, tiadalah cendalanya lagi, sedap
manis pantas pangus, seperti laut madu, bertasik susu, berpantaikan sakar;
mukanya bercahaya berkilat-kilat seperti bulan purnama pada ketika cuaca.
Tambahan pula kena pakaian nika warna; anak Bendahara, apa yang hendak
dipakainya, tiada siapa melaranag dia; makin bertambah baik parasnya.
(A.Samad
Ahmad 2008 :250)
Daripada petikan di atas memperlihatkan pengarang
menggunakan unsur-unsur metafora (perbandingan) yang menghidupkan tentang
kecantikan Tun Fatimah. Penggunaan unsur-unsur metafora, imaginasi, perorangan
(personifikasi), alegori, penggunaan pantun, sinis, serta sindiran dapat
dihayati dalam episod kegagalan peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan
Mahmud Syah.
Rujukan:
A.Samad Ahmad (2008). Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur :
Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka
No comments:
Post a Comment